Huh kat dunia nia ada juga orang yang berfikiran cetek, bila kita ingin membantu dikatakan memecah belahkan pula. Begitulah yang terjadi pada blog ini. Tujuan asal aku adalah untuk menyatukan seluruh warga IPG di bawah satu komuniti yang lebih selesa.
Yela daripada kita menumpang di “tempat orang” lebih baik tubuhkan komunitikita sendiri. Sekurang-kurang gejala luar yang cuba diserap oleh “pihak lain: dapat dibendung. Bayangkan lah aku membayar sewa untuk hosting ini saja RM120 setahun dengan menggunakan duit sendiri.
Tapi hajatku tak kesampaian. Mungkin nanti aku boleh mengambil keputusan menutup blog ini dan biarkan impian ini berkubur akibat pemikiran komuniti yang cetek….Sekian…
Salam unutk semua. Kali ini tajuk yang saya ingin kemukakan adalah pelan terbesar dalam bidang pendidikan di Malaysia dalam tempoh jangkamasa yang agak panjang iaitu dari 200-2010. Kita sebagai insan yang menceburkan diri di dalam bidang ini wajib mengambil tahu perkara ini dan turut membantu menjayakan harapan seluruh rakyat Malaysia. (Hai macam perdana menteri berucap plak dah)
Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai pelan ini dan sekiranya ada silap dan salah harap diperbetulkan. Pelan ini mengandungi 6 teras utama. Kalau nak tahu lebih lanjut lawatilah laman web Kemeterian Pelajaran Malaysia di sini. Matlamat utama pelan ini pastinya ingin meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.
Pelan ini telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan saya berkesempatan menyaksikannya.
Tapi saya berpesan kepada semua rakan-rakan, janganlah kita jadi seperti katak di bawah tempurung saja. Tak tahu apa yang berlaku di sekeliling. Sesungguhnya ilmu itu tidak rugi jika dipelajari dan mungkin ia berguna pada satu masa nanti.Sekian.
Salam untuk semua….setelah seminggu berlalu masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar KPLI ambilan Januari 2008 dan pelajar-pelajar PISMP. Setelah menjalani minggu suaikenal walaupun dah kenal selama seminggu, maka minggu depan akan bermulalah suka dan duka sebagai pelajar IPGM.
Walau bagaimanapun, semoga kita semua dapat menghadapi tahun ini dengan lebih baik. Banyak berita gembira yang dikhabarkan antaranya tunggakan elaun dan juga kenaikan elaun pelajar-pelajar PPISMP, dan PISMP. Sekian.
Salam untuk semua. Alhamdulillah..sekali lagi kita melangkah masuk ke tahun baru dalam kalendar Islam. Pada tahun ini, kita menyambut tahun baru Islam ini atau dikenali sebagai peristiwa Maal Hijrah tidak lama selepas kita menyambut tahun baru.
Sebenarnya, peristiwa ini merupakan peristiwa yang bersejarah di dalam tamadun Islam. Tarikh ini merupakan penghijrahan Rasulullah dan kaum Muhajirin di Kota Makkah ke kota Madinah. Pada peristiwa inilah menggambarkan betapa besarnya pengorbanan umat Islam Madinah di dalam menegakkan syiar Islam.
Mungkin ramai yang tidak tahu secara benarnya apa yang berlaku pada tarikh ini dan mungkin ada yang sudah mengetahui peristiwa bersejarah ini. Jika ada yang ingin mengetahui eloklah saya rasa kita semua dengarlah khutbah Jumaat esok yang pastinya berkisar tentang Maal Hijrah. Kalau ingin mengetahi lagi, jumpalah dengan ustaz atau ustazah yang lebih arif.
Tahun baru Islam ini juga merupakan pertukaran buku amalan kita yang baru di mana buku amalan yang lama akan diangkat ke langit. Wallahua’lam. Semoga kita memperolehi manfaat dan amalan kita diberkati seharian. Insyaallah…
Salam untuk semua….Kali ini saya tergerak untuk membicarakan mengenai tajuk di atas. Memandangkan kita semua ini di dalam bidang pendidikan tidak salahnya jika sama-sama memberi pendapat dan berkongsi idea dalam membangunkan bidang pendidikan ini.
Jika kita lihat hari ini, kecoh semasa pendaftaran pelajar-pelajar mengenai pembayaran yuran. Pada hujung tahun lalu, Kementerian Pelajaran telah memansuhkan yuran di sekolah kebangsaan dan menengah. Tetapi, ibubapa telah salah faham dalam kenyataan ini.
Pemansuhan yuran tersebut adalah yuran-yuran khas sekolah. Namun begitu, pihak sekolah masih dibenarkan untuk mengutip yuran mengikut kadar tertentu. Kita perlu ingat, zaman sekarang jangan mengharapkan semua benda percuma. Tapi apapun mungkin kita boleh berkongsi pendapat masing-masing.
Hallooo….salam unutk semua. Esok akan bermulalah semester baru bagi pelajar-pelajar IPG di negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah. Manakala bagi negeri lain akan bermula pada 3 haribulan. Pastinya pelbagai ragam dan kerenah yang dapat dilihat apabila masuk semester baru ni.
Bila bertemu dengan rakan-rakan mesti banyak perkara yang nak disembangkan dan dikongsi bersama. Pengalaman semasa cuti dan mungkin ada yang mengalami pengalaman semasa banjir melanda Pantai Timur Semenanjung. Apa-apa je la ek..
Ermm..bagi pelajar-pelajar semester 3 2007 dan KPLI ambilan Januari 2008 mereka akan memulakan semester lewat iaitu pada 14 Januari nanti. Alaaa…nanti kene la orentasi lagi. Takpela..janji seronok.Baiklah, semoga dapat memulakan semester baru dengan semangat yang baru.
Salam untuk semua…2008 akan menjelang beberapa hari saja lagi..Pastinya setiap orang akan menanam azam yang baru bagi tahun baru ini. Bagi yang tidak berjaya untuk menunaikan azam pada tahun lepas, jangan berputus asa. Teruskan usaha anda semua. Tapi yang pasti bagi pelajar-pelajar IPG, beberapa harapan yang pasti diharapkan oleh semua pelajar apabila menghadapi tahun baru dan semester baru.
Memang banyak la harapan yang diletakkan oleh para pelajar IPG pada tahun hadapan. Tapi apapun, bergantung pada usaha sendiri. Ok, see u 2008.
Salam untuk semua…pastinya waktu cuti ini merupakan peluang terbaik bagi pelajar-pelajar IPG untuk menambah pendapatan mereka. Memang ada ura-ura yang mengatakan elaun pada tahun depan akaun naik dan terdapat beberapa batch yang akan mendapat nilai tunggakan elaun yang agak lumayan. Namun itu semua kisah orang atasan, jadi kita tunggu dan lihat apa yang kan berlaku sajalah..hehehe…

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan seluruh pelajar IPGM mengenai penubuhan pasukan Askar Wataniah di IP Teknik, Kuala Lumpur. Kesinambungan penubuhan itu adalah kami telah menyertai Kem Tahunan Askar Wataniah bagi Rejimen 515 AW yang telah dijalankan di Kem 6 Rejiman Renjer Di Raja, Mentakab, Pahang. Bukan ini yang cuba saya ketengahkan tetapi kita lihat apa yang telah kami perolehi sepanjang 2 minggu sahaja di kem tersebut.
Pertama. Kami telah mempelajari teknik pengurusan senjata M-16 yang tidak diperolehi oleh orang awam. Kami juga diberi peluang menembak di lapangan sasar mereka.
Kedua. Bayangkan dengan hanya berada di Kem Tahunan tersebut selama 2 minggu kami telah memperolehi bayaran elaun sebanyak RM 443.27.
Ketiga. Bukan sekadar kami memperolehi bayaran elaun, kami juga mendapat bonti (bonus) sebanyak RM 360+.
Keempat, kami juga didedahkan mengenai taktik peperangan sebenar yang juga tidak diperolehi oleh orang awam.
Jadi banyak yang kiita perolehi dengan menyertai pasukan askar wataniah ini. Bayangkanlah jika suatu hari negara kita dilanda musibah dan kita pula tidak dapat melindungi orang disekeliling kita sendiri.
Salam untuk semua. Kali ini saya tampil untuk memberi sedikit laporan mengenai PPL yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Semester 3 PPISMP RBT di IP Teknik Kuala Lumpur. PPL ini telah dijalankan di Gunung Nuanag, Hulu Langat, Selangor. Untuk pengetahuan semua, trek di gunung ini merupakan tempat persediaan bagi pendaki-pendaki Everest pada tahun 1997. Senang kata, trek ini memang mencabar minda dan fizikal kesemua peserta la. Ianya telah dijalankan pada 6-8 November yang lalu. Seramai 58 orang pelajar-pelajar dari jurusan Rekabentuk Teknologi telah menyertai ekspidisi ini.
Walaupun berlaku sedikit kekalutan pada awal program ini namun ia telah berjaya diatasi dengan jayanya. Seramai 29 orang pesrte telah berjaya sampai kepuncak Gunung Nuang setinggi 1493 meter dari paras laut. Semoga ekspidisi pada siri ke 2 ini lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Gambar sepanjang ekspidisi.
gambar1, gambar2, gambar3, gambar4
*klik pada gambar untuk lebih jelas.
Salam untuk semua. Setelah sekian lama tidak mengemas kini blog ini, akhirnya saya telah mendapat satu perkara yang rasanya mungkin boleh kita kongsi bersama. Saya pasti ia mungkin dihadapi oleh mana-mana IPG di Malaysia ini. Ia berkenaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar atau JPP. Mungkin pelbagai versi dan cara pemilihan dilakukan bagi memilih pelajar-pelajar yang diharapkan unutk membela nasib pelajar.
Malangnya, harapan yang diberikan gagal disempurnakan. Malah golongan yang telah melupakan asal usul diri telah menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pensyarah pula. JPP perlu faham kerana pelajarlah mereka berada dikerusi tersebut. Jadi tugas kita adalah membela nasib pelajar-pelajar bukannya memihakkan pensyarah. Saya sendiri merupakan salah seorang JPP di IP Teknik.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IP Tun Abdul Razak terutama kepada YDP mereka saudara Saiful kerana telah memberi inspirasi kepada kami JPP di IP Teknik dalam membela nasib pelajar. Jadi saya berharap kepada seluruh warga JPP di IPGM marilah kita menetapkan kembali azam dan tekad kita untuk membela nasib pelajar.